24 ciri-ciri orang yang menyintai kita

Dalam kehidupan, kita tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kita merupakan satu petanda yang dia mencintai kita. Dia tidak ingin kita tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kita.

  1. Orang yang mencintai kita tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kita. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kita satu-satunya.

  2. Walaupun kita sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya
    yang penting kita bahagia dan kita tetap menjadi impiannya.

  3. Orang yang mencintai kita selalu menerima kita apa adanya, di hati dan matanya kita selalu yang tercantik walaupun ada kekurangan

  4. Orang yang mencintai kita selalu ingin tahu tentang apa saja yang kita lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kita.

  5. Orang yang mencintai kita akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kita tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

  6. Jika kita menyambut hari jadi dan kita tidak mengundangnya ke majlis yang kita adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

  7. Orang yang mencintai kita akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kita, bahkan mungkin kejadian yang kita sendiri sudah lupakan, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat itu tidak boleh berulang selalu.

  8. Orang yang mencintai kita selalu mengingati setiap kata-kata yang kita ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kita sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kita.

  9. Orang yang mencintai kita akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kita, bahkan mungkin meminjam CD milik kita, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kita – kesukaan kita kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kita, tapi akhirnya dia berjaya.

  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kita mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kita – kerana dia bimbangkan tentang kita, peduli tentang kita.

  11. Jika kita mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kita.

  12. Orang yang mencintai kita akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kita itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

  13. Orang yang mencintai kita akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kita, sehingga kita menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kita telah menggegarkan dunianya.

  14. Orang yang mencintai kita selalu ingin berada di dekat kita dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kita.

  15. Jika suatu saat kita harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kita waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada diri kita

  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kita, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

  17. Orang yang mencintai kita bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

  18. Orang yang mencintai kita sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kita di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kita.

  19. Orang yang mencintai kita kadang-kadang merindukan kita dan melakukan hal-hal yang membuat kita pening kepala. Namun ketika kita mengatakan tindakannya itu membuat kita terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

  20. Jika kita memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kita mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kita. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kita walau sesukar mana permintaan mu.

  21. Kalau kita melihat handphone-nya maka nama kita akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kita walaupun kita kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kita di tempat khas dan segala pemberian kita menjadi benda-benda berharga buatnya.

  22. Dan jika kita cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kita, walaupun hal itu membunuh hatinya.

  23. Jika suatu saat kita merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kita kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kita.

  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kita memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kita terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kita, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kita? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… kita akan menyesal melakukannya!”

No comments:

Post a Comment

Followers