Sekalung Tahniah Daripada Rakyat Malaysia!




okee,,entri kaliny pasal Bola Sepak Sukan Sea 2011~
Malaysia Menang secara keseluruhan 2-1 kepada Indonesia (seperti yang aku agak) iaitu melalui penentuan penalti yang berkesudahan 5-4,,

walaupun ketika lagu Negaraku iaitu lagu rasmi kebangsaan tidak dihormat,,mereka masih teguh berdiri di Gelora Bung Karno..kekalahan mereka adalah balasan daripada apa yang mereka buat,,okee,,cukup pasal indonesia,,

pada masa pertama,,tirai jaringan dibuka oleh Gunawan melalui tandukan yang baik serta tepat pada minit ke-5 perlawanan!tetapi,,pemain malaysia berjiwa kental,,biarpun ketinggalan 1 gol,,mereka masih mengawal bola dengan baik malahan indonesia tergugat,,akhirnya gol Malaysia hadir pada minit 34 melalui tandukkan Asrarudin Putra Omar !

walaupun tanpa tonggak utama iaitu Izzaq Faris Ramlan,Syahrul Azwari dan Wan Zaharulnizam,,malaysia masih dapat mengekalkan kemenangan!!beberapa percubaan daripada kedua-2 skuad amat berbahaya dan boleh menghasilkan gol seperti Indonesia menerusi Patrich,Bonai,Ferdinand,,manakala Malaysia melalui Fakri Saarani,Irfan,Fandi Othman dan Asrarudin Putra,,masing-2 kerana Offside,,

Perlawanan Berlanjutan sehingga ke masa tambahan,,beberapa kecederaan berlaku diantara dua-2 skuad,,akhirnya,,perlawanan diheret hingga ke penentuan penalti!!penjaga gol bagi kedua-2 skuad berjaya menyelamatkan 1 penalti,,tetapi kemenangan malaysia disebabkan kecuaian Gunawan yang tersasar ke tiang,,manakala bola Baddrol Bakhtiar yang kencang tetap meluru masuk ke gawang walaupun ditampan sedikit oleh Penjaga gol Indonesia,,

keputusan perlawanan ialah Malaysia 2(5)-(4)1 Indonesia,,Bagi saya,,Man of the match ialah Khairul Fahmi Che Mat atau Apek daripada skuad Kelantan,,beberapa cubaan berbahaya Indonesia dapat ditampan rapi oleh Apek,,Pingat Emas Diberi kepada semua pemain,,
ini merupakan 2 tahun berturut-2 di sukan sea Malaysia memenangi pingat emas,,
Tahniah Malaysia dan Ong Kim Swee kerana Menjulang pingat emas!!Malaysia Boleh!!

sekian :)
PNW :)

No comments:

Post a Comment

Followers