Tafsiran Mimpi~

BERCINTA DGN SELEBRITI...
Biarpun pd hakikatnya kamu telah memiliki teman istimewa yg paling kamu sayangi dan tiba2 bermimpi pula bercinta dgn mana2 selebriti,ini bermaksud kamu merasakan diri kamu yg sebenarnya kurg mendapat perhatian dan kasih sayang dari sidia.Namun sekiranya kamu bermimpi bercinta dgn mana2 selebriti ketika kamu masih solo,ini menandakan kamu terlalu teringin utk memiliki pasangan istimewa sendiri!..Adakalanya pula,hubungan kamu pasangan berjln lancar dgn baik namun di dlm tidurmu kamu ttp bermimpi dgn mana2 selebriti yg kamu sememangnya amat kagumi.Ini bererti masih ada sesuatu perkara yg masih belum terungkap oleh kamu dan pasangan dlm realiti perhubungan..

Kebaikan Mimpi...
*Mimpi ini membantu kamu utk memberikan perhatian yg lebih dlm merealisasikan satu perhubungan yg lebih positif sesama pasangan.
*Dalam perhubungan,kamu perlu lebih banyak berkomunikasi dan meluangkan lebih banyak masa bersama pasangan agar perhubungan berjln dgn lancar.
*Sekiranya kamu masih solo,mimpi ini mengingatkan kamu agar berani berhadapan dgn org luar di samping berusaha mencari teman baru di samping menikmati pelbagai pengalaman baru...


BERCINTA DGN ORG ATASAN...
Sekiranya kamu bermimpi bercinta dgn mana2 individu yg boleh di kategorikan sebagai individu yg berada,ini bererti kamu inginkan satu kehidupan yg lebih senang dan lebih dekat dgn dunia yg di kelilingi dgn individu profesional.Disamping itu,ia juga turut menggambarkan rasa cinta kamu terhadap profesion yg kamu ceburi sekarang.

Kebaikan Mimpi...
*Mengingatkan kamu agar sentiasa yakin terhadap diri sendiri sekiranya ingin berjaya dlm realiti kehidupanmu.
*Sekiranya kamu belum mempunyai kekasih,pergunakan mimpi itu sbg semangat utk kamu menemui pasangan idaman kamu.Mungkin sifat2 yg tergambar pd diri individu yg kamu mimpikan itu melambangkan sifat sebenar kekasih yg kamu nanti2kan selama ini.
*Sekiranya mimpi itu kamu rasakan tiada kaitan dgn hubungan cinta,ini bererti mimpi itu memberikan gambaran kpd diri kamu agar meluangkan masa utk berehat dan peruntukan lebih banyak waktu utk diri sendiri..


BERCINTA DGN INSAN YG TIDAK DI KENALI...
Selalunya jika seseorg yg telah mempunyai kekasih namun ttp bermimpi bercinta dgn insan yg tidak dikenalinya ini menandakan dia mempunyai rasa tidak puas hati terhadap pasangannya itu.Sekiranya pula dia bermimpi perkara yg sama di saat dia masih lg tidak mempunyai mana2 teman istimewa,ini menandakan dirinya dlm keadaan kekosongan dan turut melambangkan dirinya yg terlalu memikirkan soal ini.

Kebaikan Mimpi...
*W/pun kamu telah memiliki teman istimewa dlm hidup kamu,kamu ttp perlu bergaul dgn org di sekeliling kamu krn kamu perlu memiliki teman akrab.Bagi kamu,cinta itu satu dan meluaskan pergaulan dgn teman2 bkn bermakna kasih dan sayang kamu tergugat.
*Selain itu,mimpi tersebut seolah2 memberitahu kamu bahawa kamu dan pasangan perlu berbincang demi memperbaiki hubungan ke arah yg lebih baik.Sekiranya perbincangan itu tidak berhasil,anggapnya sahaja si dia sememangnya tidak serasi untuk kamu!...


BERCINTA SESAMA JENIS...
Mimpi ini tidak bererti kamu bersifat gay/lesbian.Sebaliknya mimpi ini membawa maksud kamu terlalu menginginkan pasangan yg memahami segala kehendak dan kemahuan diri kamu.

Kebaikan Mimpi..
*Kamu harus lebih bijak berkomunikasi dgn pasangan agar saling memahami kehendak dan kemahuan masing2 di samping dpt membina satu perhubungan yg lebih harmoni...


BERCINTA DGN BEKAS KEKASIH...
Ini bererti kamu masih berasa ragu2 dan kurg yakin dgn perhubungan yg terjalin antara diri kamu dan pasanganmu sekarang!Justeru,kamu perlu mengambil langkah bijak utk menyelesaikan segala persoalan yg wujud di dlm perhubungan.Namun sekiranya individu yg bermimpi itu masih belum memiliki teman istimewa sndiri,ini bererti ada sesuatu perkara yg mengganggu kamu dan ia berkait rapat dgn kehodupan seharianmu.

Kebaikan Mimpi...
*Mimpi ini menyedarkan kamu agar lebih berhati2 dlm perhubungan.
*Di samping itu,mimpi ini turut mengajar kamu agar tidak mengulangi kesilapan yg lalu.Sejarah lalu,biarlah dijadikan sebagai pengajaran dlm hidup kamu bg menempuh kehidupan mendatang.Mulakan hubungan dgn langkah2 baru!...

No comments:

Post a Comment

Followers