kisah (1st attempt)


cuaca malam itu sedikit tenang,,deruan ombak menghempas pantai juga kedengaran,,tiupan angin yang kencang tapi nyaman sesekali menerpa,,aku bertanya "mengapa diam membisu?",,dia membungkam disitu,,diam,,kaku,,beliau teragak-2 untuk menjawab sambil mengetap bibir mulusnya,,"saya,,errr,,tak tau nak jelaskan macam mana,," beliau memberi jawapan kerana takut aku mengertak beliau lagi,,aku menghembuskan nafas,,bukan tanda lega,,tapi tanda keresahan,,kemarahan,,aku menghidupkan sebatang rokok Dunhill..
"tapi kenapa awak sanggup buat macam tu??awak tahu kan saya sayang awak??" kata aku sambil menekankan perkataan sayang itu,,
beliau tunduk melihat pasir-pasir,,dia tidak keruan,, "awak tak bahagia dengan saya??apa saya tak dapat membahagiakan awak??"
dia berpaling dari aku,,aku nampak akan tingkahlaku nya,,dia menyeka airmata dengan jarinya,,mungkin kata-kata aku menyentuh jiwanya,,"here,,a song for you" kataku sambil mencapai  gitar kapok,,

*******************************************************************
pedihnya didalam hatiku,,
bisanya tidak terkata,,
mengapa kau diam membisu,,
bila aku bertanya,,

sepinya di saat ini,,
saat denganmu kasih,,
mengapa dengan dirimu,,
cepat benar berubah,,

aku disini,,
mencari-cari dirimu,,
entah sampai bila aku begini,,
tersiksa kerana dirimu,,

maafkan aku,,
jika aku tak mampu membahgiakan dirimu,,
biarlah aku mengundur diri,,
agar kau bahgia,,

*******************************************************************

aku terus berlalu pergi,meninggalkan dia keseorangan disitu,,dan itulah kali terakhir aku melihat dirinya dan kini mungkin dia sedang bahagia bersama pasangan hidupnya,,aku pula??aku mengejar,,tapi bukan mengejar cinta,,mengejar kerjaya,

No comments:

Post a Comment

Followers